PM terima surat peletakan jawatan Anthony, ambil masa untuk teliti

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 5:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM terima surat peletakan jawatan Anthony, ambil masa untuk teliti

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak perlu tergesa-tergesa membuat keputusan berhubung peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meskipun surat rasmi berhubung perkara itu telah diterima, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut memerlukan penelitian terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat mengenainya.

“Saya belum menerima peletakan jawatan (Anthony). Surat saya sudah terima dan dia kata berkuat kuasa serta-merta, tetapi saya tentunya akan mengambil masa untuk teliti,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields di sini hari ini.

Semalam, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP menegaskan pendirian beliau untuk meletak jawatan serta-merta susulan keputusan mahkamah membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah, Selasa lepas.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Seremban itu berkata, 40 Ahli Parlimen DAP termasuk dirinya kekal teguh menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, sekali gus menolak sebarang tanggapan peletakan jawatannya mencerminkan keretakan dalam kerajaan.

Sementara itu, mengulas perjalanan mesyuarat Kabinet susulan Pilihan Raya Negeri Melaka, Anwar berkata, perbincangan berjalan seperti biasa dan menyifatkan peningkatan suhu politik ketika pilihan raya sebagai bersifat sementara sebelum kembali reda selepas proses itu selesai. – BERNAMA

The post PM terima surat peletakan jawatan Anthony, ambil masa untuk teliti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved