Keputusan Bagi Lima Kes Rasuah Suu Kyi Bakal Diketahui Minggu Ini

28 Dec 2022 • 11:29 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mahkamah Tentera Myanmar dijangka bakal membuat keputusan muktamad ke atas kes pertuduhan ke atas pemimpin Aung San Suu Kyi pada Jumaat.

Suu Kyi (77) telah ditahan ketika rampasan kuasa tentera yang berlaku pada 1 Februari tahun lalu sekali gus, merupakan penamat bagi amalan demokrasi di negara itu.

Selain itu, rampasan kuasa ini juga telah menamatkan pentadbiran kerajaan awam serta nenyebabkan negara tersebut berada dalam keadaan huru-hara.

Berdasarkan laporan dari CNA, Pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu sebelum ini didapati bersalah dalam 14 pertuduhan, merangkumi korupsi, memiliki walkie talkie secara haram, melanggar undang-undang mengenai kerahsiaan negara dan lain-lain lagi.

Justeru, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 26 tahun dalam tempoh 12 bulan lalu.

Walau bagaimanapun, perbicaraan wanita yang boleh dikatakan tokoh paling ikonik Myanmar itu ditolak oleh pengkritik kerana memiliki unsur-unsur politik.

Bukan itu sahaja, beliau juga tidak memiliki akses kepada peguam semasa ditahan di sebuah penjara di Naypyitaw.

Sebelum perbicaraan, beliau telah dikenakan tahanan rumah di lokasi yang tidak didedahkan kepada khalayak.

Kini, Mahkamah tersebut dijadualkan untuk memberi keputusan terhadap lima kes rasuah, masing-masing membawa boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Oleh itu, pasukan guaman yang mewakili Aung San Suu Kyi dan para hakim di Mahkamah Ketenteraan Myanmar diminta untuk melakukan persiapan bagi perbicaraan akhir berkaitan kes-kes tersebut pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, sesi perbicaraan mahkamah Suu Kyi akan berlangsung secara tertutup dan maklumat yang dilaporkan kepada pihak media kerajaan adalah terhad.