
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat pengangkutan tempatan yang sudah lama beroperasi dan pernah dianggap sebagai tulang belakang komuniti di Keningau, kini berdepan risiko gulung tikar susulan keputusan kontroversi oleh Mahkamah Anak Negeri (MAN) yang didakwa melebihi bidang kuasanya.
Syarikat tersebut, yang diasaskan bersama dan diuruskan lebih dua dekad oleh Thien, 75, bersama lima adik-beradiknya, kini berada dalam keadaan tidak menentu selepas 50 peratus saham yang sebelum ini diletakkan atas nama seorang adik lelaki bagi memudahkan urusan pentadbiran, teah dipindahkan kepada balu lelaki tersebut selepas kematiannya pada 2020.
Pemindahan itu dibuat melalui perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Keningau.

