Keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sepatutnya diumumkan di Mahkamah Persekutuan hari ini ditangguhkan ke 13 Julai depan.
Peguam yang mewakili Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa panel hakim sebenarnya sudah mencapai keputusan, namun ia tidak dapat diumumkan susulan ketidakhadiran salah seorang hakim yang sedang bercuti sakit.

“Pihak kami dimaklumkan oleh Yang Arif bahawa keputusan rayuan sudah ada, namun belum bersedia untuk diumumkan kerana salah seorang hakim tidak sihat pada hari ini.”
“Susulan itu, keputusan ditangguhkan dan akan diumumkan pada 13 Julai depan. Itu sahaja yang boleh kami kongsikan.”
Mengulas penangguhan itu, Syed Saddiq berkata beliau menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan institusi kehakiman negara dalam mengendalikan proses rayuan tersebut.
“Saya menghormati keputusan Yang Arif Hakim dan saya menghormati institusi kehakiman negara sebagai benteng terakhir bagi individu seperti saya mendapatkan keadilan, bukan melalui jalan pintas, tetapi melalui perbicaraan berdasarkan fakta dan data di bawah institusi kehakiman.”
(TERKINI) Keputusan Rayuan Kes Penyelewengan Dana ARMADA Syed Saddiq
“Saya faham perkara ini tidak dijangka, sebab itu agak sukar untuk saya memberikan komen atau ulasan lanjut.”
Syed Saddiq turut mengakui beliau sudah bersedia untuk menghadapi apa jua keputusan selepas enam tahun melalui proses perundangan berkaitan kes berkenaan.
Terdahulu, beliau tiba di Istana Kehakiman sekitar jam 8.50 pagi bagi mendengar keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan yang dijadual disampaikan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Bagaimanapun, prosiding terpaksa ditangguhkan selepas Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dilaporkan bercuti sakit selama dua hari.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Reaksi Syed Saddiq Selepas Keputusan Kes Rayuan Ditangguhkan - "Sukar Untuk Saya Komen, Sudah 6 Tahun Saya Berjuang"
The post “Keputusan Dah Ada Tapi Belum Sedia Diumumkan” – Peguam YB Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






