
Kota Kinabalu: Keputusan kes membabitkan seorang lelaki berusia 24 tahun yang didakwa atas dua pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap adiknya, ditangguh ke tarikh lain.
Keputusan pada akhir kes pembelaan untuk lelaki itu sepatutnya pada Jumaat tetapi ditangguhkan.
Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol adik perempuannya yang berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kota Marudu pada 2017.
Kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lapan tahun dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Increasing consumer awareness of Sabah’s chili brand in Singapore Kota Kinabalu: Borneo Hot Sauce, a maker of chilli sauce, wants to increase consumer awareness of its brand in Singapore after a good launch that saw 10,000 bottles sold in just six months. Read more Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam dubur adiknya di tempat dan pada masa yang sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377A/377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan, manakala sembilan saksi telah memberi keterangan di peringkat pembelaan.
Lelaki itu diperintah membela diri pada 20 April 2022 selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Di mahkamah lain, dua lelaki masing-masing dijatuhi hukuman lima tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengambil syabu secara berulang.
Mohd Fadzil Mohd Sidek dan E-Talip Edi mengaku bersalah secara berasingan, kepada pertuduhan terhadap mereka.
Mohd Fadzil didapati mengambil dadah itu pada 9 Feb tahun ini manakala E-Talip pada 18 Jan tahun ini selepas air kencing mereka masing-masing didapati positif dadah di balai polis di sini.
Mereka mempunyai beberapa rekod sabitan mengambil dadah.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.
Selepas menamatkan hukuman penjara, kedua-dua mereka diperintahkan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

