
Kota Kinabalu: Seorang lelaki bekerja sendiri berusia 36 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat, atas pertuduhan mengedar 408.84 gram syabu.
Mohd Mardisyah Mohd Din didakwa melakukan kesalahan itu pada 4.15 petang 15 April tahun ini di tanah lapang bersebelahan stesen minyak di Rampayan, Manggatal.
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Mardisyah, yang hadir di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Increasing consumer awareness of Sabah’s chili brand in Singapore Kota Kinabalu: Borneo Hot Sauce, a maker of chilli sauce, wants to increase consumer awareness of its brand in Singapore after a good launch that saw 10,000 bottles sold in just six months. Read more Pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan ahli kimia dan membantah jaminan untuk tertuduh kerana pertuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan untuk jaminan.
Lovely menetapkan 6 Jun untuk sebutan.
Mardisyah juga didakwa mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan daripadanya sementara menunggu laporan ahli kimia. Mahkamah menetapkan 7 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Mardisyah tidak diwakili.
Sementara itu, tiga lelaki dijatuhi hukuman kerana memiliki syabu.
Fasir Faisal, Bernadus dan Benre Madrang mengaku bersalah memiliki syabu masing-masing seberat 0.01 gram, 0.02 gram dan 0.76 gram, antara 3 Jan dan 28 Feb tahun ini, di lokasi berasingan di Manggatal, Inanam dan Sepanggar.
Fasir didenda RM2,700 atau penjara 10 bulan, Bernadus dipenjara sehari dan didenda RM1,700 atau enam bulan penjara manakala Benre dipenjara 11 bulan.
Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Kelvan Elson Maik.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

