Keputusan Loke ‘kepimpinan melampaui kedudukan’: Chan

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 5:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Keputusan Loke ‘kepimpinan melampaui kedudukan’: Chan

Kota Kinabalu: DAP berdiri teguh menyokong keputusan Setiausaha Agungnya Anthony Loke Siew Fook untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan atas dasar prinsip dan tanggungjawab kepimpinan.

Pengarah Dasar Kebangsaan DAP merangkap Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Chan Foong Hin (gambar), berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan lebih tiga jam dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Menurutnya, pada awalnya terdapat pandangan supaya semua anggota DAP yang memegang jawatan dalam kerajaan turut berundur sebagai tanda solidariti terhadap pendirian parti.

“Sepanjang lebih tiga jam perbincangan, kami menyatakan pandangan bahawa sekiranya pendirian yang diambil adalah atas dasar prinsip, maka kita seharusnya berdiri teguh bersama dan berundur bersama sebagai tanda solidariti.

“Namun, akhirnya Loke membuat keputusan dan kami mencapai kata sepakat untuk memberikan sokongan penuh terhadap keputusannya,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Loke dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan beliau sebelum membuat keputusan berhubung tawaran peletakan jawatan itu.

Chan, yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, berkata keputusan Loke itu memperlihatkan bahawa kepimpinan bukan semata-mata berkaitan kuasa atau kedudukan, sebaliknya kesanggupan membuat keputusan sukar apabila prinsip yang dipegang menuntut tindakan sedemikian.

Pada masa sama, bekas wakil rakyat Sri Tanjung itu menegaskan keputusan Loke mencerminkan pertimbangan antara menyatakan pendirian secara jelas dengan keperluan memastikan kerajaan terus berfungsi dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

“Bagi saya, inilah yang dimaksudkan dengan ‘kepimpinan yang melangkaui kedudukan’ dan dengan kekal berada dalam kerajaan, kami masih mempunyai tanggungjawab dan peluang untuk meneruskan agenda reformasi serta berkhidmat kepada rakyat.

“Kepentingan keputusan Loke bukan hanya terletak pada pendirian politik yang disampaikan ketika ini, tetapi turut bergantung kepada kesan dan perkembangan yang berlaku selepas itu,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved