Young Syefura sifatkan peletakan jawatan Anthony Loke tanda DAP tolak rasuah

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 9:27 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Keputusan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan disifatkan sebagai mesej jelas mengenai pendirian parti itu dalam menolak sebarang bentuk rasuah dan ketirisan.

Image from: Young Syefura sifatkan peletakan jawatan Anthony Loke tanda DAP tolak rasuah

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, tindakan berkenaan menunjukkan DAP tidak berkompromi dalam soal tatakelola, selain menegaskan pendirian parti terhadap isu berkaitan integriti.

Bagaimanapun, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu berkata, Pakatan Harapan (PH) pada dasarnya masih mempertahankan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kestabilan politik negara serta kelancaran fungsi Kabinet.

“Kami di DAP sentiasa menghormati dan menjunjung kasih di atas keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
“Namun, peletakan jawatan menteri oleh Setiausaha Agung adalah mesej jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawasanya DAP kekal konsisten dalam perjuangan menolak sebarang bentuk kleptokrasi, rasuah serta ketirisan,” katanya, baru-baru ini.

Image from: Young Syefura sifatkan peletakan jawatan Anthony Loke tanda DAP tolak rasuah

Sebelum ini, Anthony Loke dilaporkan menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Cadangan berhubung peletakan jawatan itu terlebih dahulu dibawa kepada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sebelum keputusan dibuat, susulan perkembangan berkaitan isu tahanan rumah Najib.

Mengulas perkara itu, Young Syefura berkata, fokus utama DAP ketika ini adalah memastikan kepentingan rakyat dan kesejahteraan negara terus terpelihara, bukannya mengutamakan kepentingan politik.

Artikel lain: Anthony Loke tetap jalani tugas rasmi di China sebelum urus peletakan jawatan

Menurutnya, sebarang ketidakstabilan politik ketika negara sedang berada di landasan yang betul berisiko memberi kesan kepada rakyat.

“Agenda rakyat melebihi agenda politik.
“Jika ketidakstabilan politik berlaku di mana negara sedang berada di landasan yang betul, yang rugi adalah rakyat, jadi yang menjadi keutamaan adalah kesejahteraan negara dan rakyat,” tambahnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia (Amirul Aiman Osman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved