Keputusan mahkamah tak mampu padam seumur hidup jasa – Yana Najib

LocalPolitics
26 Dec 2025 • 9:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak, iaitu Nooryana Najib memuat naik satu perkongsian menyentuh emosi di media sosial selepas mahkamah membuat keputusan terhadap bapanya petang tadi.

Menerusi Insta Story, Nooryana yang lebih dikenali sebagai Yana Najib berkongsi sekeping gambar bersama kapsyen berupa kata-kata semangat buat Najib, menggambarkan ketabahan keluarganya menghadapi detik sukar itu.

“Keputusan mahkamah tidak mampu memadam seumur hidup jasa, kasih sayang dan komitmen kepada rakyat.
“Kita kekal berharap… kita kekal kuat,” tulisnya.

image is not available

Keputusan mahkamah tak mampu padam seumur hidup jas

Dalam perkongsian sama, Yana turut memuat naik gambar Najib yang sedang memandang ke arah cucunya, disifatkannya sebagai satu momen manis yang memberi kekuatan emosi.

“Perkara yang paling manis saya lihat hari ini,” tulisnya lagi berserta simbol hati merah.

image is not available

Artikel lain: Kes 1MDB: Suapan RM2.3 bilion, Najib bersalah guna kedudukan

Terdahulu, Najib didapati bersalah atas 25 pertuduhan berkaitan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

image is not available

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.

Sumber: IG yananajib