Keputusan pelabur tarik diri projek di Pulau Balambangan rugikan rakyat dan Sabah: Rubin

Business & Finance
16 Oct 2023 • 8:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Keputusan pelabur Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu menarik diri daripada melabur dalam projek kambing dan pasir silika di Sabah hanya akan merugikan rakyat dan negeri ini.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah Datuk Rubin Balang dalam kenyataan media berkata ini kerana kedua-dua projek yang dicadangkan itu jika direalisasikan sudah pasti akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Katanya, pelaburan ini juga akan menguntungkan Sabah darisegi kutipan cukai-cukai, selain membantu merangsang dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini.

“Sebenarnya para pelabur termasuk Thomas Haa usah kuathir atau bimbang ke atas isu dan komen-komen pihak tertentu di negeri ini khususnya pihak parti pembangkang yang akan membantah sebarang usaha kerajaan untuk memajukan dan membangunkan negeri ini. Itu adalah kerja parti pembangkang,"

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Perlu diingat bahawa negeri Sabah memerlukan pelabur yang berkemampuan untuk melabur di negeri ini, selagi ianya memberi manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah."

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.