Keputusan Perdana Menteri bijak, tepat masanya: Upko

LocalPolitics
5 Jun 2025 • 9:56 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Keputusan Perdana Menteri untuk membenarkan Pakatan Harapan (PH) Sabah menerajui persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang, disifatkan sebagai langkah bijak dan tepat pada masanya, kata Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko).

Ketua Pemudanya, Felix Joseph Saang berkata kenyataan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta PH Sabah mengetuai rundingan pakatan pilihan raya dan hal-hal berkaitan menunjukkan keyakinannya terhadap kematangan politik serta keupayaan pemimpin-pemimpin gabungan itu di peringkat negeri.

Katanya, keputusan untuk melantik Presiden Upko, Datuk Ewon Benedick bagi mengetuai rundingan tersebut turut menunjukkan keperluan untuk memberi ruang kepada pemimpin tempatan merangka strategi berasaskan realiti dan sentimen politik Sabah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pada 29 Mei lalu, Anwar berkata PH Sabah akan diberi tanggungjawab penuh dalam merundingkan agihan kerusi, membentuk pakatan serta hal lain berkaitan Pilihan Raya Negeri.

Felix berkata pendekatan autonomi strategik ini bukan sahaja akan memperkukuh jentera parti, malah membolehkan parti-parti komponen berbincang secara lebih terbuka berkenaan perkongsian kerusi dan kerjasama di lapangan.

“Sabah mempunyai latar belakang politik yang berbeza dan kompleks. Maka keputusan untuk memberikan kuasa penuh kepada kami dalam pilihan raya negeri yang akan datang membolehkan kami merangka strategi yang lebih inklusif, setempat dan fokus,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, fokus utama ialah pembangunan Sabah, memperkukuh kedudukan negeri dan memberi perhatian kepada isu-isu tempatan termasuk pembangunan luar bandar, kemiskinan dan hak-hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Felix juga yakin Ewon mampu menerajui usaha membentuk kerjasama strategik dalam kalangan gabungan parti.

Katanya, barisan pemimpin muda dalam PH Sabah akan turut memberi sokongan terhadap semua inisiatif dan rancangan yang dipersetujui oleh kepimpinan, selain turun padang untuk menyampaikan maklumat mengenai agenda pembangunan, dasar serta hal berkaitan kepada rakyat di peringkat akar umbi.