Keputusan RBA – Pelabur AUD Beri Fokus Tinggi

Business & Finance
16 Jun 2026 • 10:41 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Keputusan RBA – Pelabur AUD Beri Fokus Tinggi

Pasaran dunia menanti penuh debaran keputusan Reserve Bank of Australia. Sesi mesyuarat penting Reserve Bank of Australia hari ini bakal berlangsung pada jam 12.30 tengahari (Selasa).

INTRADAY meletakkan jangkaan penuh bahawa bank pusat Australia akan mengekalkan kadar tunai utama mereka pada paras 4.35 peratus.

Langkah berhati-hati ini mencerminkan taktik tunggu dan lihat ketika emosi para pelabur global berada dalam keadaan yang sangat rapuh. Pelabur kini sedang meneliti dua senario ekstrem yang berpotensi mengubah kedudukan carta mata wang Dolar Australia dalam sekelip mata.

Impak dan hala tuju matawang Dolar Australia selepas mesyuarat RBA yang sebenar akan berlaku apabila gabungan beberapa data ekonomi bagi melengkapkan kitaran trend aliran pergerakan matawang negara itu.

Senario Pertama: Sekiranya data ekonomi terbaharu menunjukkan kadar inflasi teras melonjak melebihi jangkaan pasaran dan RBA meletakkan kebimbangan terhadap kenaikan kadar inflasi yang akan datang, pasaran akan melihat kenyataan yang diberikan bersifat Hawkish.

Naratif ekonomi akan berubah menjadi sangat agresif. Kebangkitan amuk harga ini akan memaksa pasaran meletakkan taruhan tinggi terhadap kenaikan kadar faedah untuk mesyuarat RBA yang akan datang..

Senario ini bakal mencetuskan fenomena larian modal asing untuk kembali membanjiri pasaran bon tempatan demi memburu pulangan hasil yang lebih lumayan.

Impaknya mata wang Dolar Australia akan menerima permintaan yang sangat luar biasa sekali gus melonjak kukuh berbanding mata wang pesaing yang lain.

Scenario Kedua: RBA meletakkan kebimbangan terhadap risiko dan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara itu atau sekiranya ekonomi domestik Australia (GDP) dilaporkan mengalami penguncupan yang parah sentimen risk off  akan segera menguasai pasaran.

Pelabur akan menyedari bahawa bank pusat kini berada dalam keadaan lumpuh dan terperangkap di sudut stagflasi yang berbahaya.

Dalam situasi yang menakutkan ini aliran dana antarabangsa akan bertindak kejam dengan meninggalkan mata wang Dolar Australia secara besar-besaran. Para pengurus dana global diramal akan mengalihkan modal mereka ke lubuk perlindungan selamat terutamanya mata wang Dolar AS.