Keputusan SPM 2025 diketahui Isnin ini

7 Mar 2026 • 8:27 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

PUTRAJAYA – Teka-teki sama ada tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan sebelum atau selepas Aidilfitri dijangka terjawab Isnin depan.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad, berkata Lembaga Peperiksaan (LP) akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

“Sebenarnya semua pihak sudah bersedia, tetapi kita mengambil kira pandangan semua pihak dan menunggu pengumuman daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bila keputusan SPM akan keluar,” ujarnya.

“Kita sudah berdoa untuk anak-anak kita kerana Ramadan ini waktu yang paling mustajab untuk doa dikabulkan,” katanya.

Beliau menambah, pengumuman tarikh itu diharap memberi keselesaan kepada semua termasuk ibu bapa, masyarakat, dan calon SPM 2025 sendiri. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved