Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac

9 Mar 2026 • 9:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
KPM memaklumkan sebanyak 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.

KPM memaklumkan sebanyak 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

"Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM 2025 di sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh tersebut," menurut kenyataan KPM pada Isnin. 

Bagi calon persendirian, KPM memaklumkan mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

Menurut kenyataan itu, pihak sekolah diminta memastikan pengurusan penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 10 pagi, 31 Mac ini hingga 6 petang, 6 April.

KPM memaklumkan semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 dalam tempoh sama.

"Sistem ini akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 31 Mac ini hingga 6 petang, 6 April ini," menurut kenyataan itu. - Bernama 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved