
PASTINTYA debaran makin dirasai bagi 413,299 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 apabila Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026 (Selasa).
Berikut info yang dikongsikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
1-Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut.
2-Calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.
3-Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

4-Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui langkah-langkah berikut:
i. Secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 mulai pukul 10:00 pagi pada 31 Mac 2026 (Selasa) sehingga pukul 6:00 petang pada 6 April 2026 (Isnin); dan/atau
ii. Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 dengan menaip SPM
"Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2025. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan," kongsinya menerusi kenyataan.
Difahamkan, 413,299 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2025 3,350 buah pusat peperiksaan seluruh negara.



