
PUTRAJAYA- Seramai 12,974 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2026 boleh menyemak keputusan peperiksaan itu yang akan dikeluarkan pada Khamis ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2026 secara dalam talian melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my.
“Semakan boleh dibuat bermula 20 Ogos pukul 10 pagi sehingga 26 Ogos pukul 6 petang.
“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2026,” katanya ringkas dalam satu kenyataan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE
The post Keputusan SPM Ulangan 2026 diumum esok appeared first on Kosmo Digital.






