Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan kepada pelajar Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah (IPTA) yang melanjutkan pengajian dalam negara dan masih belum menerima penajaan untuk memohon Biasiswa Pascasiswazah 2026 YPJ yang boleh dipohon menerusi pautan https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Pascasiswazah 2026
Biasiswa Pascasiswazah merupakan inisiatif tajaan kewangan untuk anak Johor yang disalurkan menerusi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).
Pemberian biasiswa ini khusus kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.
Selain itu, biasiswa ini juga adalah untuk membantu pelajar Sarjana dan PhD yang masih belum menerima penajaan daripada mana-mana pihak.
Tempoh Permohonan
Tempoh permohonan yang boleh dibuat adalah pada 17 Ogos 2026 hingga 7 September 2026.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang lair di Neger Johor dan menetap di Negeri Johor.
- Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
- Memenuhi syarat kemasukan ke IPTA dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPTA atau telah memulakan pengajian di IPTA.
- Baki pengajian sekurang-kurangnya satu (1) tahun atau lebih.
- Tidak menerima pembiayaan lain untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.
- Mesti mendapat cuti belajar tapa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
- Pengajian hendaklah dijalankan secara sepenuh masa.
Cara Memohon
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan menerusi pautan https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.
Permohonan mestilah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kuota penerima dan peruntukan tahunan yang ditetapkan oleh YPJ.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Biasiswa Pascasiswazah?Biasiswa Pascasiswazah merupakan inisiatif tajaan kewangan untuk anak Johor khusus kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.
Permohonan boleh dibuat mulai 17 Ogos 2026 hingga 7 September 2026.
Siapakah yang akan diberikan keutamaan untuk permohonan biasiswa ini?Keutamaan diberikan kepada pemohon yang lair di Neger Johor dan menetap di Negeri Johor.
Berapakah baki pengajian yang layak untuk memohon?Baki pengajian pemohon mestilah sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih.
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan biasiswa ini?Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pascasiswazah, sila layari laman web YPJ https://ypj.gov.my.
Baca juga: BKDO YPJ – Permohonan Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (Sekolah Menengah)






