Keputusan sudah dibuat! Loke kekal pendirian, akan serah surat letak jawatan kepada PM

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 6:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan pendiriannya untuk berundur daripada Kabinet Kerajaan MADANI kekal dan beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik kembali ke tanah air dari China.

Keputusan dibuat tidak akan diubah

Memetik laporan daripada Berita RTM, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan, keputusan untuk meletakkan jawatan sudah dibuat dan tidak berubah.

“Keputusan sudah dibuat, akan serahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri sebaik pulang ke Malaysia,” katanya ringkas kepada media Malaysia.

Loke ketika ini mengiringi Anwar yang sedang mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou atas jemputan Kerajaan China.

Image from: Keputusan sudah dibuat! Loke kekal pendirian, akan serah surat letak jawatan kepada PM

Ahli Parlimen Seremban itu sebelum ini mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan isu pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Walau bagaimanapun, Loke menjelaskan menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan terus kekal dalam kerajaan.

Image from: Keputusan sudah dibuat! Loke kekal pendirian, akan serah surat letak jawatan kepada PM

Pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti berkenaan pada 19 September lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar sebelum ini berharap Loke dapat mempertimbangkan semula keputusannya selain menggesa semua pihak supaya tidak memberi tekanan kepada DAP untuk keluar daripada kerajaan.

Sumber: Berita RTM 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved