Keputusan Terkini Piala Dunia FIFA 2026 – 15 Jun

15 Jun 2026 • 11:47 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Keputusan Terkini Piala Dunia 2026 untuk 15 Jun mencatatkan kemenangan besar untuk Jerman menentang Curaçao dengan gol sebanyak 7-1.

Sementara itu, saingan sengit Kumpulan F membuktikan semangat juang tinggi Jepun yang bangkit mengikat Belanda 2-2 hasil jaringan lewat Daichi Kamada.

Pada sebelah pagi pula, Ecuador tewas tipis menentang Ivory Coast dengan gol, 1-0. Manakala, Sweden pula sedang mendahului Tunisia dengan 5-1.

Bagi memastikan anda tidak terlepas satu pun aksi di Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico, kami akan mengemas kini keputusan terkini Piala Dunia 2026 secara langsung di sini.

Jangan lupa kongsikan dan save artikel ini untuk rujukan pantas anda setiap hari!

Keputusan Terkini Perlawanan Piala Dunia 2026

Berikut ialah Keputusan Terkini Perlawanan Piala Dunia 2026 setakat 14 Jun 2026 (Hari Ketiga):

Tarikh Kumpulan Perlawanan Keputusan Nama Penjaring Gol dan Negara
Khamis, 12 Jun Kumpulan A Mexico lwn Afrika Selatan 2 – 0 Julian Quinones, Raul Jimenez (Mexico)
Khamis, 12 Jun Kumpulan A Korea Selatan lwn Republik Czech 2 – 1 Hwang In-beom (Korea Selatan), Oh Hyeon-gyu (Korea Selatan), Ladislav Krejci (Republik Czech)
Sabtu, 13 Jun Kumpulan B Kanada lwn Bosnia & Herzegovina 1 – 1 Cyle Larin (Kanada), Jovo Lukic (Bosnia & Herzegovina)
Sabtu, 13 Jun Kumpulan D Amerika Syarikat lwn Paraguay 4 – 1 Folarin Balogun (Amerika Syarikat – 2 gol), Giovanni Reyna (Amerika Syarikat), Damian Bobadilla (Amerika Syarikat – gol sendiri), Mauricio (Paraguay)
Ahad, 14 Jun Kumpulan B Qatar lwn Switzerland 1 – 1 Boualem Khoukhi (Qatar), Breel Embolo (Switzerland – penalti)
Ahad, 14 Jun Kumpulan C Brazil lwn Maghribi 1 – 1 Vinicius Junior (Brazil), Ismael Saibari (Maghribi)
Ahad, 14 Jun Kumpulan C Haiti lwn Scotland 0 – 1 John McGinn (Scotland)
Ahad, 14 Jun Kumpulan D Australia lwn Turki 2 – 0 Nestory Irankunda (Autralia), Kusini Yengi (Australia)
Isnin, 15 Jun Kumpulan E Jerman lwn Curaçao 7 – 1 Kai Havertz (2), Jamal Musiala (1), Felix Nmecha (1), Nico Schlotterbeck (1).Nathaniel Brown (1), Deniz Undav (1), Livano Comenencia (1 gol, Curaçao)
Isnin, 15 Jun Kumpulan F Jepun lwn Belanda 2 – 2 Virgil van Dijk & Crysencio Summerville (Belanda), Ayase Ueda & Daichi Kamada (Jepun)
Isnin, 15 Jun Kumpulan E Ecuador lwn Ivory Coast 0 – 1 Amad Diallo (Ivory Coast)
Isnin, 15 Jun Kumpulan F Sweden lwn Tunisia 5 – 1 Yasin Ayari (2 gol,Sweden), Alexander Isak (1 gol, Sweden), Viktor Gyökeres (1 gol, Sweden), Mattias Svanberg (1 gol, Sweden), Omar Rekik (Tunisia)

Kedudukan Carta Mata Kumpulan Piala Dunia 2026

Berikut ialah keputusan perlawanan 12 Jun 2026 Piala Dunia FIFA 2026:

Group A
Pos Team P W D L GF GA GD Pts
1 Mexico 110020+23
2 South Korea 110021+13
3 Czechia 100112-10
4 South Africa 100102-20
Group B
Pos Team P W D L GF GA GD Pts
1 Switzerland 10101101
2 Canada 10101101
3 Qatar 10101101
4 Bosnia and Herzegovina 10101101
Group C
Pos Team P W D L GF GA GD Pts
1 Scotland 110010+13
2 Morocco 10101101
3 Brazil 10101101
4 Haiti 100101-10
Group D
Pos Team P W D L GF GA GD Pts
1 USA 110041+33
2 Türkiye 00000000
3 Australia 00000000
4 Paraguay 100114-30
Group E
Pos Team P W D L GF GA GD Pts
1 Germany 110071+63
2 Côte d’Ivoire 110010+13
3 Ecuador 100101-10
4 Curaçao 100117-60
Group F
Pos Team P W D L GF GA GD Pts
1 Sweden 110051+43
2 Japan 10102201
3 Netherlands 10102201
4 Tunisia 100115-40

Sumber: FIFA World Cup 2026™ Standings

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2026

Jangan terlepas aksi sengit seterusnya pada minggu hadapan (15 Jun – 21 Jun, Isnin hingga Ahad) yang dijadualkan berlangsung berikut:

15 Jun (Isnin)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
1:00 PagiEGermany vs CuraçaoHouston Stadium
4:00 PagiFNetherlands vs JapanDallas Stadium
7:00 PagiEIvory Coast (Côte d’Ivoire) vs EcuadorPhiladelphia Stadium
10:00 PagiFSweden vs TunisiaEstadio Monterrey, Guadalupe

16 Jun (Selasa)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
12:00 PagiHSpain vs Cape VerdeAtlanta Stadium
3:00 PagiGBelgium vs EgyptSeattle Stadium
6:00 PagiHSaudi Arabia vs UruguayMiami Stadium
9:00 PagiGIran vs New ZealandLos Angeles Stadium

17 Jun (Rabu)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
3:00 PagiIFrance vs SenegalNew York New Jersey Stadium
6:00 PagiIIraq vs NorwayBoston Stadium
9:00 PagiJArgentina vs AlgeriaKansas City Stadium
12:00 PagiJAustria vs JordanSan Francisco Bay Area Stadium

18 Jun (Khamis)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
1:00 PagiKPortugal vs Democratic Republic of the CongoHouston Stadium
4:00 PagiLEngland vs CroatiaDallas Stadium
7:00 PagiLGhana vs PanamaToronto Stadium
10:00 PagiKUzbekistan vs ColombiaMexico City Stadium

19 Jun (Jumaat)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
12:00 PagiACzech Republic vs South AfricaAtlanta Stadium
3:00 PagiBSwitzerland vs Bosnia and HerzegovinaLos Angeles Stadium
6:00 PagiBCanada vs QatarBC Place Vancouver
9:00 PagiAMexico vs South KoreaEstadio Guadalajara

20 Jun (Sabtu)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
3:00 PagiDUnited States vs AustraliaSeattle Stadium
6:00 PagiCScotland vs MoroccoBoston Stadium
8:30 PagiCBrazil vs HaitiPhiladelphia Stadium
11:00 PagiDTurkey vs ParaguaySan Francisco Bay Area Stadium

21 Jun (Ahad)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
1:00 PagiFNetherlands vs SwedenHouston Stadium
4:00 PagiEGermany vs Ivory CoastToronto Stadium
8:00 PagiEEcuador vs CuraçaoKansas City Stadium
12:00 PagiFTunisia vs JapanEstadio Monterrey

Jadual Siaran Langsung Penuh Piala Dunia 2026 RTM

Anda boleh tonton siaran langsung Piala Dunia 2026 yang disiarkan oleh RTM mengikut Jadual Siaran Langsung Penuh Piala Dunia FIFA 2026 berikut:

Piala Dunia FIFA 2026
Sumber: rtm_malaysia

Piala Dunia FIFA 2026
Sumber: rtm_malaysia

Piala Dunia FIFA 2026
Sumber: rtm_malaysia

Piala Dunia FIFA 2026
Sumber: rtm_malaysia

NOTA: Jadual tertakluk kepada perubahan semasa.

Cara Tonton Piala Dunia 2026 Melalui Apps MyGOV

Kalau nak tonton Piala Dunia 2026 melalui apps MyGOV, anda boleh rujuk cara-caranya dibawah:

  • Muat turun aplikasi MyGOV di Google Play (Android) atau App Store (IOS)
  • Kemudian, log masuk aplikasi MyGOV menggunakan MyDigital ID. Kalau anda belum ada MyDigital ID, sila muat turun terlebih dahulu aplikasi MyDigital ID dan buat pendaftaran okay.
  • Setelah berjaya log aplikasi MyGOV, anda boleh tonton Piala Dunia 2026 secara percuma menggunakan telefon bimbit anda.

Panduan lebih lanjut, boleh baca di sini: Download MyGOV & Tonton Piala Dunia 2026 Secara Percuma!

Keputusan Terkini Piala Dunia FIFA 2026

Jadual Piala Dunia 2026 Mengikut Waktu Malaysia

Semua waktu perlawanan dalam jadual ini telah ditukar kepada Waktu Malaysia (MYT, UTC+8) bagi memudahkan rujukan peminat tempatan.

Oleh kerana Piala Dunia 2026 berlangsung di beberapa bandar di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, perbezaan masa bergantung kepada zon waktu lokasi perlawanan.

Berikut ialah perbezaan masa antara Malaysia dan zon waktu yang digunakan oleh bandar tuan rumah:

Zon Waktu Tuan RumahPerbezaan Dengan Malaysia
Eastern Time (EDT, UTC-4)Malaysia 12 jam lebih awal
Central Time (CDT, UTC-5)Malaysia 13 jam lebih awal
Mountain Time (MDT, UTC-6)Malaysia 14 jam lebih awal
Pacific Time (PDT, UTC-7)Malaysia 15 jam lebih awal

Disebabkan Malaysia berada beberapa jam lebih awal daripada negara tuan rumah, banyak perlawanan akan jatuh pada tarikh berikutnya mengikut waktu Malaysia. Sebagai contoh:

  • 11 Jun 2026, 8:00 malam EDT12 Jun 2026, 8:00 pagi MYT
  • 11 Jun 2026, 8:00 malam PDT12 Jun 2026, 11:00 pagi MYT

Oleh itu, peminat disarankan untuk merujuk tarikh dan masa yang telah ditukar kepada Waktu Malaysia (MYT) bagi mengelakkan kekeliruan, terutama bagi perlawanan yang berlangsung pada waktu malam di Amerika Utara kerana kebanyakannya akan disiarkan pada keesokan hari di Malaysia.

Cara Menonton Piala Dunia 2026 Di Malaysia

Anda juga boleh menonton siaran langsung FIFA World Cup 2026 melalui gabungan saluran TV berbayar, TV percuma dan platform penstriman rasmi.

  • RTM (TV1/TV2/TV Okey​)
  • MyTV
  • RTM Klik (sebahagian besar aksi sama ada secara langsung atau siaran tertunda mengikut jadual ditetapkan).
  • Unifi TV (semua 104 perlawanan)
  • Aplikasi MyGOV
Piala Dunia FIFA 2026
Keputusan Terkini Piala Dunia FIFA 2026

Tips Untuk Tidak Terlepas Perlawanan Penting Piala Dunia 2026

Dengan kebanyakan perlawanan berlangsung pada lewat malam atau awal pagi mengikut Waktu Malaysia (MYT), peminat disarankan untuk membuat persediaan lebih awal.

Antara cara yang boleh dilakukan ialah menyimpan jadual perlawanan, menetapkan peringatan pada telefon, atau menggunakan aplikasi bola sepak yang menawarkan notifikasi masa nyata.

Selain itu, anda juga boleh menandakan perlawanan pilihan dalam kalendar supaya lebih mudah merancang waktu menonton sepanjang Piala Dunia 2026 berlangsung.

Soalan Lazim Keputusan Terkini Piala Dunia 2026

Berapakah jumlah pasukan yang bertanding?

Sebanyak 48 buah negara layak bertanding, meningkat berbanding 32 pasukan sebelum ini.

Bagaimanakah format kumpulan dijalankan?

Pasukan dibahagikan kepada 12 kumpulan (Kumpulan A hingga L) yang mengandungi 4 pasukan bagi setiap kumpulan

Berapakah jumlah keseluruhan perlawanan?

Sebanyak 104 perlawanan akan dimainkan sepanjang kejohanan ini.

Bagaimana cara pasukan mara ke pusingan kalah mati?

Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan bersama 8 pasukan tempat ketiga terbaik (jumlah 32 pasukan) akan mara ke pusingan kalah mati (Peringkat 32).

Di manakah peminat boleh menonton perlawanan secara rasmi?

Peminat bola sepak di Malaysia boleh menonton kesemua 104 perlawanan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), aplikasi MyGOV dan Unifi TV.

Saluran RTM manakah yang menyiarkan Piala Dunia FIFA 2026 ini?

Anda boleh mengikuti siaran menerusi platform MYTV di saluran TV Okey (Saluran 110) dan Sukan+ (Saluran 111), serta penstriman digital di aplikasi RTMklik.

View Original Article