[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] Dominic ketinggalan di Bayan Lepas

Politics
12 Aug 2023 • 8:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dominic

GEORGETOWN - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau ketinggalan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.

Keputusan tersebut bagaimanapun tidak rasmi setakat jam 8.30 malam.

Beliau ketinggalan lebih 1,700 undi kepada calon dari parti Amanah yang juga penyandang kerusi berkenaan, Azrul Mahathir Aziz.

Dominic dari Gerakan hanya memperoleh 13,626 undi manakala Azrul memperoleh 15,410 undi.