Tepati Ramalan Awal, PH-BN Kekal Kuasai Selangor, Negeri Sembilan Dan Pulau Pinang 

Politics
12 Aug 2023 • 10:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
PH-BN menepati ramalan apabila kekal menguasai tiga negeri - gambar fail

 KUALA LUMPUR -- Menepati ramalan, PH-BN kekal mendahului di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. 
Keputusan tidak rasmi setakat ini merekodkan, gabungan terbabit berjaya memenangi 27 kerusi, kurang dua kerusi untuk membentuk majoriti mudah di Selangor. 

Di Negeri Sembilan pula, gabungan berkenaan menguasai 18 kerusi manakala enam lagi dimenangi Perikatan Nasional (PN).  

Meneruskan kecemerlangan di Pulau Pinang, PH-BN mengekalkan penguasaan dengan memperoleh 15 kerusi, manakala PN terus unggul di Kelantan selepas memenangi 14 kerusi. 

Turut menepati ramalan ialah Terengganu dan Kedah yang masih berada di bawah penguasaan PN, masing-masing memenangi 19 dan 25 kerusi setakat ini. 

Seramai 570 calon daripada sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini untuk merebut 245 kerusi DUN. - Getaran, 12 Ogos 2023