‘Kerabat Diraja Tu Bukan Retis’, Individu Tegur Jangan Buat Sticker Gambar Tengku

18 Sep 2023 • 1:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Individu memberi nasihat, jangan buat sticker Kerabat Diraja

‘Kerabat Diraja Tu Bukan Retis’, Individu Tegur Jangan Buat Sticker Gambar Tengku. Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial mengenai seorang individu menegur orang ramai untuk tidak membuat sticker gambar Kerabat Diraja.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook itu, individu tersebut menyatakan bahawa untuk tidak melayan keluarga Kerabat Diraja seperti selebriti serta menjaga adab di hadapan mereka.

image is not available
Gambar hiasan sticker. Sumber: googleplay

Hormat Kerabat Diraja dan jaga adab bersama mereka

“Royal family bukan retis dan jaga-jaga juga adab dengan royal family,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

“Takde keperluan lah berbanding retis yang perlukan popularity, tapi bagi royal family mereka perlukan privacy,” ujarnya lagi.

Buat sticker Tengku pernah berlaku dulu

Sementara itu, individu berkenaan turut memuat naik satu gambar daripada fan page Tengku Ahmad yang memaklumkan bahawa perkara tersebut juga pernah berlaku sebelum ini.

image is not available
Sumber: facebook

“Tolong jangan buat gambar Tengku atau mana-mana Kerabat Diraja sebagai sticker, benda macam ni pernah viral dulu dan takkan benda macam ni kena jadi lagi.

“Disebabkan mereka humble dan friendly, tak bermaksud kena buat sticker, tolong hormat royal family,” tegasnya lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan: