Kerajaan akan perkasa pentadbiran pejabat daerah - PM

LocalPolitics
17 Jun 2023 • 7:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar menyampaikan ucapan penutup pada Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat di Dewan Perdana, UiTM Merbok pada Sabtu. - Foto Bernama

SUNGAI PETANI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memperkasa pentadbiran pejabat daerah di seluruh negara bagi memastikan projek pembangunan dapat dilaksana dengan cekap dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, walaupun kerajaan hari ini memberi keutamaan kepada projek besar dan berdepan cabaran anjakan perubahan dunia dari segi teknologi digital serta ekonomi, namun usaha menjamin kesejahteraan rakyat tidak akan diabaikan.

"Saya nak tekankan bahawa sementara tumpuan kita dalam projek-projek besar, teknologi moden dengan ekonomi yang mencabar sekarang ini diberi keutamaan, kita akan memperkasa pejabat daerah, pegawai jajahan di Kelantan dan di Sarawak serta Sabah.

"Ini strategi kita memperkasa tugas pegawai daerah dan pejabat daerah... kita dah beri perhatian yang lebih dan percayalah, bila saya bagi perhatian yang lebih makna kata semua bantuan sokongan akan diperkemas," katanya ketika berucap menutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di Merbok pada Sabtu.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, khidmat jurutera daerah juga akan digunakan untuk menyegerakan pembaikan kecil seperti penurapan kerosakan jalan persekutuan berdasarkan aduan rakyat yang diterima.

Beliau berkata, dalam Belanjawan Madani, kerajaan menyediakan peruntukan khusus RM100,000 untuk kegunaan setiap pejabat daerah.

Perdana Menteri turut meminta semua pegawai daerah menyerahkan laporan prestasi projek bermasalah dan menyenaraikan keperluan masing-masing kepada beliau selewat-lewatnya Jumaat depan supaya tindakan segera boleh diambil.

Katanya, kerajaan juga akan mempertimbang untuk meluluskan penambahan jurutera kontrak bagi pejabat daerah yang berprestasi baik dan memerlukan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved