Kerajaan akan teliti keperluan tambahan inisiatif Budi95

LocalPolitics
28 Sep 2025 • 10:16 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus meneliti keperluan tambahan dalam pelaksanaan program subsidi petrol Budi Madani RON95 (Budi95) yang berkuat kuasa 30 September ini.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Fuziah Salleh, berkata perkara itu termasuk meluaskan Budi95 kepada pengangkutan awam bukan darat seperti bot penumpang, sampan bermotor serta bot yang digunakan pelajar untuk berulang-alik ke sekolah dan penduduk di kawasan pedalaman.

Beliau berkata cadangan tersebut timbul daripada sesi libat urus yang dipengerusikan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, bersama Ahli Parlimen pada 25 Sept lalu, bagi memastikan Budi95 memberi manfaat kepada semua golongan.

“Sebagai contoh, di kawasan sekitar Sandakan, dua sekolah – SK Mumiang dan SK Tanjung Aru di Pulau Abai – dikenal pasti menggunakan bot penumpang. Terdapat juga sekolah di Beluran yang dikategorikan sebagai ‘Pedalaman Tiga’,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan pelaksanaan Budi95 di stesen minyak Shell Batu 4, di sini, Sabtu.

Fuziah berkata KPDN telah membuat persiapan rapi untuk melaksanakan Sistem Kawalan Petrol Subsidi (SKPS) di bawah inisiatif Budi95.

Antara 15 hingga 26 September, SKPS telah mendaftar 5,829 syarikat dengan jumlah keseluruhan 13,800 kenderaan di seluruh negara. Syarikat minyak turut mengesahkan kesediaan dari segi peralatan pam serta sistem pembayaran di terminal dan kaunter.

Beliau berkata KPDN memberi fleksibiliti kepada syarikat untuk menentukan pengagihan kuota melalui penggunaan kad armada.

“Kami yakin penyasaran semula subsidi petrol melalui SKPS akan mengurangkan ketirisan dan penyalahgunaan di stesen minyak, di samping mengelakkan kenaikan mendadak harga barangan serta tambang pengangkutan awam,” katanya sambil menambah bahawa penjimatan hasil kawalan subsidi itu akan membantu memperkukuh pengurusan fiskal negara serta menyalurkan subsidi kepada perbelanjaan pembangunan.

Bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar, KPDN akan membuka Kaunter Khidmat Pelanggan SKPS di semua pejabat negeri dan cawangan bermula 28 Sept di negeri yang bekerja pada hari Ahad, manakala pada 29 Sept di negeri lain. Kaunter ini akan beroperasi selama seminggu.

Pegawai bertugas akan diberi taklimat penuh mengenai perbezaan antara dua mekanisme iaitu Budi Madani Individu95 pada harga RM1.99 seliter melalui MyKad, dan Budi Madani MySubsidi95 @ SKPS pada harga RM2.05 seliter melalui fleet card.

Sebarang pertanyaan berkaitan Budi Madani Individu95 menggunakan MyKad boleh diajukan kepada Kementerian Kewangan menerusi pautan www.budi95.gov.my/contact-usFuziah turut menjelaskan pengguna tidak perlu menunjukkan lesen memandu ketika membeli petrol bersubsidi di bawah Budi95 kerana sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mengesahkan sama ada pemegang MyKad mempunyai lesen sah atau sebaliknya.