Rezeki rakyat! RM2.6 juta transaksi hari pertama Budi95, berjalan lancar

LocalPolitics
28 Sep 2025 • 12:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebanyak RM2.6 juta pembelian petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter direkodkan pada hari pertama pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (Budi95) setakat pukul 9 malam tadi.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu melibatkan kira-kira 1.3 juta liter petrol dibeli oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang menjadi kumpulan pertama menikmati inisiatif berkenaan.

image is not available

“Berdasarkan laporan di lapangan, urusan Budi95 berjalan lancar dengan sistem Budi95 stabil dan pembacaan MyKad oleh terminal di stesen minyak beroperasi dengan baik.
“Kementerian Kewangan merakamkan penghargaan kepada semua anggota ATM dan PDRM yang menjadi kumpulan terawal memanfaatkan Budi95,” menurut kenyataan MOF malam tadi.

image is not available

RM2.6 juta transaksi hari pertama Budi95

Bermula hari ini, Budi95 diperluas kepada lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori B40, sebelum pelaksanaan penuh pada 30 September melibatkan 16 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

Sejak portal Budi95 dilancarkan pada 25 September lalu, sebanyak 8.1 juta pengguna telah membuat semakan kelayakan untuk menerima subsidi RON95.

image is not available

Maklumat lanjut mengenai inisiatif ini boleh diperoleh melalui soalan lazim (FAQ) di portal rasmi www.budimadani.gov.my atau talian bantuan 1-300-88-9595.