Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian

LocalPolitics
14 Nov 2025 • 2:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian sebagai badan pemantau tertinggi isu keselamatan siber. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa jawatankuasa ini ditubuhkan di bawah Seksyen 5 Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 (Akta 866) untuk menasihati Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

image is not available

Selain itu, keanggotaan jawatankuasa merangkumi profesional dari dalam dan luar negara, di samping melibatkan wakil agensi kerajaan serta pihak berkepentingan. Ia turut berperanan mengemukakan cadangan berkaitan kandungan berbahaya, diikuti dengan menentukan kaedah pengurangan risiko terhadap pengguna yang terdedah kepada kandungan tersebut. Seterusnya, ia akan mempromosikan langkah terbaik agar penyedia platform dipertanggungjawabkan.

image is not available

Azalina turut memaklumkan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut. Mesyuarat itu akan menetapkan keutamaan strategik serta memastikan jawatankuasa berfungsi sebagai platform berkesan dalam menyelaras dasar keselamatan dalam talian. Selain daripada itu, beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa ini akan menjadi saluran perundingan antara kerajaan dan syarikat media sosial utama seperti Meta, Google, TikTok dan X.