Terengganu Umum Bonus RM500 Kepada Penjawat Awam Negeri

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 3:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Terengganu Umum Bonus RM500 Kepada Penjawat Awam Negeri

KUALA TERENGGANU, 13 Nov (Bernama) — Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri itu.

Pemberian bonus kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam sesi penggulungan perbahasan Enakmen Perbekalan 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

“Kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri Terengganu,” katanya tanpa memperincikan bagaimana dan bila pemberian itu akan dilaksanakan.

Hari ini, DUN Terengganu sebulat suara meluluskan Belanjawan 2026 yang dibentangkan Ahmad Samsuri pada Isnin lepas.

Bertemakan “Memacu Potensi Melonjak Prestasi”, Belanjawan 2026 memperuntukkan sejumlah RM1.938 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus termasuk RM450 juta bagi Perbelanjaan Pembangunan dengan hasil dianggarkan berjumlah RM1.998 bilion.

BACA: Bapa Berhenti Kerja, Buka Gerai Berhampiran Universiti Selepas Anak Mengadu Tentang Makanan

Sumber: Bernama

The post Terengganu Umum Bonus RM500 Kepada Penjawat Awam Negeri appeared first on Siakap Keli.