Kerajaan Amerika Pertimbang Untuk Ambil Pegangan Ekuiti Pada Penerima Geran CHIPS, Termasuk Pada Samsung

WorldBusiness & Finance
20 Aug 2025 • 9:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pentadbiran terdahulu Amerika Syarikat telah pun memberikan geran kepada syarikat semikonduktor dibawah Akta CHIPS, sekaligus memberikan mereka insentif dalam membangunkan pengeluaran di negara tersebut. Lanjutan daripadanya, kini pentadbiran Trump melihat dalam mendapatkan duit geran yang diberikan tersebut kembali, tetapi dalam bentuk ekuiti pada syarikat.

Sebelum ini, Amerika Syarikat telah menyatakan hasrat inginkan pegangan pada Intel. Kini, tidak setakat Intel, kerajaan Amerika turut sedang melihat untuk mendapatkan pegangan pada syarikat-syarikat lain.

Sebelum ini, antara penerima geran dibawah penawaran kerajaan Amerika adalah termasuk Samsung, Micron, dan TSMC. Semua tidak mengeluarkan komen berkaitan perkara ini, dan mungkin menantikan maklumat lanjut sebelum mengambil langkah seterusnya.

Beberapa penganalisa turut menyasarkan langkah Amerika ini turut mungkin memberi kesan kepada syarikat-syarikat ini terus melabur di negara tersebut untuk pengeluaran semikonduktor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved