Kementerian Pertahanan Malaysia sedang mempertimbangkan pembelian pesawat tempur generasi kelima Perancis, Amerika Syarikat dan Rusia sekiranya proses mendapatkan jet F/A-18 Hornet daripada Tentera Udara Diraja Kuit mengambil masa yang terlalu lalu.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ia adalah sebahagian usaha untuk menggantikan semua pesawat TUDM menjelang 2040. Malaysia sudah menghentikan penggunaan pesawat tempur MIG-29 Fulcrum yang sudah usang dengan proses menggantikannya sepatutnya dilakukan di bawah program Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) yang sudah lebih sedekad tertangguh.
Pembelian pesawat F/A-18 adalah sekadar langkah sementara kerana ia adalah pesawat tempur generasi ke-empat sebelum kerajaan merancang untuk membeli pesawat jenis baharu menjelang 2040. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak menyatakan model pesawat generasi kelima yang sedang dipertimbangkan tetapi hanya Future Combat Air System (FCAS), Lockheed Martin F-35 Lightning II dan Sukhoi Su-57 Felon memenuhi kriteria yang ditetapkan kementerian pertahanan.
Future Combat Air System (FCAS) masih di peringkat rekaan dengan ia wujud hanya dalam bentuk model olok-olok. Lockheed Martin F-35 Lightning II sukar dibeli kerana Amerika Syarikat menetapkan pelbagai syarat seperti tidak boleh menggunakan kelengkapan telekomunikasi China. Akhir sekali Sukhoi Su-57 Felon pula mendatangkan masalah diplomatik jika dibeli Malaysia kerana Rusia dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat.

