Kerajaan Arab Saudi Larang Rekod & Siaran Langsung Jemaah Tunai Solat Tarawih

LocalPolitics
24 Feb 2025 • 11:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang sedang menunaikan solat tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah itu dijalankan.

image is not available

Difahamkan, larangan ini bukan sahaja dipakai untuk solat tarawih ketika bulan Ramadan, malah untuk semua solat berjemaah di negara tersebut.

Kementerian menyatakan bahawa larangan ini bertujuan untuk memastikan kesucian masjid, mencipta suasana yang kondusif bagi menjalani ibadah, serta menjamin keselesaan jemaah yang hadir.

Dalam pada itu, kementerian menegaskan penting untuk imam dan khatib mematuhi garis panduan yang telah dilakukan ini serta membimbing jemaah supaya patuhi etika yang sesuai ketika di dalam masjid.

image is not available

Bahkan, kerajaan juga melarangkan sebarang aktiviti pengumpulan derma untuk jamuan berbuka di dalam masjid dan jika ada yang mahu berkongsi berbuka puasa, umat Islam berkenaan perlu laksanakan di kawasan yang telah ditetapkan.

image is not available 1 year ago

(VIDEO) "Takde Adab Langsung" - 1 Dewasa 2 Kanak-Kanak Buat Persembahan Silat Di Masjid Nabawi Raih Perhatian