Kerajaan Bakal Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam 16 Ogos Depan

16 Jul 2024 • 10:39 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan akan menbuat pengumuman khas kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam yang akan dibuat pada Jumaat, 16 Ogos depan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa pengumuman khas berkaitan kenaikan gaji tersebut dibuat menerusi Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada tarikh tersebut.

image is not available

Foto: Facebook JPA

“Mesti semua pegawai awam tengah sibuk dan teruja kira gaji baharu kan?,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Isnin.

JPA juga menyeru kepada semua penjawat awam supaya meningkatkan prestasi dan kualiti kerja mereka setimpal dengan kenaikan gaji baharu yang akan diumumkan kelak.

“Sambil kita menghitung hari pengumuman khas berkaitan kenaikan gaji di MAPPA, jom la kita sama-sama meningkatkan prestasi dan kualiti kerja dengan penuh dedikasi, barulah selari dengan kenaikan gaji yang terima nanti,” ujarnya lagi.

image is not available

Foto: Berita RTM

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lalu memaklumkan mengenai perincian kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadual pada Oktober.

Beliau mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus dan merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara yang akan mula berkuat kuasa mulai 1 Disember depan.

Sumber: Facebook JPA