
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kerajaan berhak menarik balik sebarang bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekiranya pemohon didapati mengemukakan maklumat tidak tepat.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan pada semalam (14 Januari) berkata, setiap permohonan STR melalui pelbagai proses semakan dan verifikasi dengan agensi berkaitan bagi menyemak kelayakan pemohon.
Semakan berkala rekod pemohon akan dilakukan setiap suku tahunan
Menurut MoF, semakan berkala turut diadakan setiap suku tahunan untuk menyemak segala rekod pemohon.
Rekod yang akan disemak adalah:
- Pemilikan kediaman
- Pemilikan kenderaan
- Pemilikan perniagaan
- Rekod bekerja
- Rekod menetap di luar negara
“Sekiranya didapati wujud maklumat palsu atau tidak tepat, tindakan undang-undang boleh diambil. Kerajaan juga berhak menarik balik mana-mana bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan,” menurut kenyataan itu dipetik Berita Harian.
Sebelum ini, tular di media sosial seorang individu mendakwa dirinya layak menerima bantuan STR meskipun hasil sewaan enam rumah miliknya menjadikan pendapatannya melebih nilai ambang kelayakan.
Peruntukan bantuan berjumlah RM15 bilion, kerajaan mahu kurangkan beban kos hidup rakyat
Dalam pada itu, MoF turut memaklumkan mengenai peruntukan keseluruhan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini yang berjumlah RM15 bilion menjadikannya jumlah peruntukan tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.
Jelas kementerian itu, peruntukan terbabit susulan penyusunan semula pemberian STR dan SARA sebagai inisiatif kerajaan MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat secara lebih berkesan.
SARA menyediakan bantuan asas berterusan kepada rakyat dengan 8 juta individu, termasuk 400,000 golongan miskin dan miskin tegar layak menerimanya secara bulanan.
STR pula diberi sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan, disasarkan kepada isi rumah dan warga emas tiada pasangan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan, termasuk golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan pangkalan data eKasih.
“Pendekatan bersepadu ini memastikan bantuan bersasar dapat disalurkan secara lebih teratur, stabil dan berkesan, di samping memberikan ruang kewangan tambahan pada waktu keperluan puncak seperti musim perayaan,” menurut kenyataan itu.
MoF turut memaklumkan sebany ak RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa Satu tahun ini, yang akan mula disalurkan pada Selasa depan (20 Januari).
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2026: Ini Antara Peruntukan Kerajaan Kepada Rakyat Tahun Depan
