STR 2026 – Pembayaran Fasa 3 Bermula Ogos

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 4:28 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

TERKINI: PEMBAYARAN STR 2026 FASA 3 AKAN DISALURKAN BERMULA OGOS 2026. Untuk penerima baru yang diluluskan, bayaran akan diterima pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Semakan bayaran boleh dilakukan di laman web rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Semua pemohon dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026 walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.

Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.

Image from: STR 2026 – Pembayaran Fasa 3 Bermula Ogos

Berikut dikongsikan cara mendaftar akaun STR dan cara membuat permohonan baharu STR 2026.

Jumlah Bantuan SARA & STR 2026

  • RINGKASAN JUMLAH BANTUAN SARA 2026 :
    • Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
    • Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
    • Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan)
    • Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA)
  • RINGKASAN JUMLAH BANTUAN STR 2026
    • Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan bulanan bawah RM2,500 : RM700-RM2200 setahun
    • Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan bulanan RM2501-RM5000 : RM200-RM950 setahun
    • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan berusia 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan bulanan bawah RM5000 : RM600 setahun
    • Kategori Bujang 21-59 tahun dengan pendapatan RM2500 ke bawah : Tiada
  • RINGKASAN JUMLAH BANTUAN STR + SARA 2026
    • Pendapatan bulanan ≤ RM2,500
      • Tiada anak: RM1,900
      • 1–2 anak: RM2,400
      • 3–4 anak: RM2,900
      • 5 anak ke atas: RM3,400
    • Pendapatan bulanan RM2,501 – RM5,000
      • Tiada anak: RM1,400
      • 1–2 anak: RM1,650
      • 3–4 anak: RM1,900
      • 5 anak ke atas: RM2,150
  • Warga emas bujang: RM1,200
  • Bujang (pendapatan ≤ RM2,500): RM600
Image from: STR 2026 – Pembayaran Fasa 3 Bermula Ogos
Sumber: Ringkasan Belanjawan 2026 (Laman web rasmi MOF)

Tarikh Pembayaran STR 2026 Fasa 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi tahun 2026 akan mula disalurkan bermula OGOS 2026.

Tarikh sebenar akan dikemaskini kelak setelah pengumuman rasmi.

str fasa 3

Berikut adalah butiran penting STR Fasa 3 untuk 2026:

Tarikh pembayaran bermula: OGOS 2026

Kaedah pembayaran: Dikreditkan terus ke akaun bank penerima untuk yang mempunyai akaun. Bagi yang tiada akaun bank (termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan), bayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan.

Jumlah bantuan:

  • Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah: RM200 hingga RM600
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000: RM150 hingga RM250 (bergantung kepada bilangan anak)
  • Warga emas berpendapatan RM5,000 dan ke bawah: RM150.
  • Bujang (pendapatan RM2,500 ke bawah): Tidak menerima bayaran dalam bentuk tunai (STR), sebaliknya akan menerima bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan sebanyak RM50 sebulan (dikreditkan ke dalam MyKad).

Selain daripada bayaran STR Fasa 3, terdapat juga beberapa bantuan iringan yang disalurkan dalam tempoh yang sama:

  • SARA 2026 (Bulanan): Bermula 9 Januari 2026 (RM100-RM200 untuk isi rumah/warga emas, RM50 untuk bujang).

NOTA: Anda boleh menyemak status kelayakan dan jumlah tepat yang bakal diterima melalui portal rasmi MySTR.

Jadual Bayaran STR Fasa 3 2026

Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa bayaran STR Fasa 3 tahun 2026 akan mula disalurkan pada OGOS 2026 kepada penerima sedia ada. Bagi penerima baharu, pembayaran pula akan mula dikreditkan bermula [TARIKH AKAN DIKEMASKINI].

Berikut ialah tarikh bayaran STR Fasa 3 (2026) :

1. Ada Akaun Bank

  • Penerima Sedia Ada:
    Mulai Ogos 2026 secara berperingkat. [TARIKH AKAN DIKEMASKINI].
  • Penerima Baharu / Rayuan:
    Mulai Ogos 2026 secara berperingkat. [TARIKH AKAN DIKEMASKINI].

2. Tiada Akaun Bank

  • Penerima Sedia Ada:
    Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai [TARIKH AKAN DIKEMASKINI].
  • Penerima Baharu / Rayuan:
    Tuntutan tunai di cawangan BSN mulai [TARIKH AKAN DIKEMASKINI].

3. Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)

  • Penerima Sedia Ada:
    Tuntutan tunai di cawangan BSN mulai [TARIKH AKAN DIKEMASKINI].
  • Penerima Baharu / Rayuan:
    Tuntutan tunai di cawangan BSN mulai [TARIKH AKAN DIKEMASKINI].

Ringkasnya:

  • [TARIKH AKAN DIKEMASKINI] – Bayaran untuk penerima sedia ada
  • [TARIKH AKAN DIKEMASKINI] – Bayaran untuk penerima baharu / rayuan

Syarat Kelayakan STR 2026

Berikut adalah kriteria kelayakan individu warganegara untuk STR 2026: 

Kategori IndividuSyarat Kelayakan
Isi Rumah– Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada Pasangan– Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
– Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah
Bujang– Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
– Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan 
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Jumlah Bayaran STR Fasa3

A. Kategori Isi Rumah ≤ RM2,500

Bilangan AnakFasa 2 (RM)
0200
1 – 2300
3 – 4450
≥5600
str 2026

B. Kategori Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Bilangan AnakFasa 2 (RM)
00
1 – 2150
3 – 4200
≥5250
str 2026

C.  Warga Emas Tiada Pasangan (Umur ≥ 60 tahun, pendapatan ≤ RM5,000)

KategoriFasa 2 (RM)
Warga emas tiada pasangan150

D. Bujang (21 – 59 tahun / OKU 19 – 59 tahun, pendapatan ≤ RM2,500)

Tidak menerima bayaran dalam bentuk tunai (STR), sebaliknya akan menerima bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan (dikreditkan ke dalam MyKad).

str 2026

Cara Daftar Akaun MySTR

Laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) baru sahaja dikemaskini.

Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.

Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal MySTR .
  2. Klik pada butang “LOG MASUK”.
  3. Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
  4. Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
  5. Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
  6. Klik butang ‘Daftar Akaun’.
daftar mystr 2026
daftar mystr 2026
Sumber: Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah – Panduan Pengguna

Log Masuk Akaun MySTR

Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
  2. Klik butang “Log Masuk”
  3. Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
  4. Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
  5. Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
  6. Selesai.
daftar mystr 2026
Image from: STR 2026 – Pembayaran Fasa 3 Bermula Ogos

Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah:

Image from: STR 2026 – Pembayaran Fasa 3 Bermula Ogos

Kemas Kini Maklumat & Permohanan Baru STR 2026

Kemas kini maklumat Permohonan STR bagi kelayakan fasa 4 boleh dilakukan
bermula 16 JUN 2026 SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2026.

STR 2026

Permohonan baharu STR 2026 boleh dikemukakan melalui:

Image from: STR 2026 – Pembayaran Fasa 3 Bermula Ogos

Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:

  • Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
  • Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
    • Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
    • Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
      • Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

IndividuJenis Dokumen
Pemohon Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2026
Pasangan Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak Anak Kandung:
i. Salinan Sijil Lahir; dan
ii. Salinan MyKad / MyKid
Anak Angkat:
i. Salinan MyKad / MyKid; dan
ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Image from: STR 2026 – Pembayaran Fasa 3 Bermula Ogos

Sementara itu, pemohon STR yang tidak kemaskini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026. Kemas kini STR 2026 boleh dikemukakan melalui langkah berikut:

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai STR 2026 seperti semakan status bayaran STR, cara mohon, kemaskini atau portal MySTR, sila hubngi pegawai yang bertugas di:

  1. Portal Rasmi STR; atau
  2. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00
  3. petang); atau
  4. Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00
  5. petang); atau
  6. Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
  7. Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.

Soalan Lazim STR 2026

Rujuk Soalan Lazim (FAQ) MySTR 2026 di sini:

    1. Bila pembayaran STR Fasa 3 2026?

    Pembayaran STR Fasa 3 2026 akan mula salurkan pada bulan OGOS 2026.

    2. Bila tarikh akhir kemas kini/rayuan Fasa 3?

    15 Jun 2026.

    3. Siapakah yang layak menerima STR 2026?

    Permohonan STR 2026 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada
    Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan

    4. Bagaimana cara daftar akaun baharu di MySTR?

    Layari laman web rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my
    Klik “Daftar Akaun Baharu” dan isi maklumat peribadi seperti nombor MyKad, e-mel, dan kata laluan. Pengesahan akan dihantar melalui e-mel atau SMS.

    5. Apakah langkah untuk reset kata laluan MySTR jika terlupa?

    Klik pautan “Terlupa Kata Laluan” di halaman MySTR login, masukkan nombor MyKad, dan ikut arahan untuk menetapkan kata laluan baharu melalui pautan pengesahan e-mel atau SMS.

    6. Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2026 pada Oktober 2025 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

    Bagi permohonan STR 2026 yang diluluskan dengan kategori Bujang, anda akan
    menerima RM600 setahun atau RM50 sebulan yang akan dibayar melalui SARA

    7. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan STR 2026?

    Salinan MyKad, dokumen bukti pendapatan, sijil nikah atau sijil lahir anak, dan dokumen sokongan lain jika diperlukan.

    8. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status pembayaran melalui Portal
    Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my?

    Semakan status pembayaran oleh dibuat pada menu seperti berikut:

    i. Klik Log Masuk MySTR
    ii. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
    iii. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
    iv. Masukkan Kata Laluan
    v. Klik Semakan Status
    vi. Klik Maklumat Bayaran

    9. Apakah syarat kelayakan pendapatan untuk STR 2026?

    Kelayakan bergantung pada kategori seperti isi rumah, warga emas, atau bujang dengan had pendapatan tertentu. Sila rujuk https://bantuantunai.hasil.gov.my

    10. Apa yang perlu dilakukan jika status semakan Bantuan Tunai Rahmah “Tidak Layak”?

    Pemohon boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan dengan mengemukakan dokumen sokongan.

    11. Permohonan STR 2026 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat
    Permohonan Rayuan pada April 2026. Permohonan Rayuan saya berstatus Lulus
    bagi kategori Isi Rumah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah
    amaun bayaran yang akan diterima?

    Kelayakan STR 2026 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan
    diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada Fasa 3 dan Fasa 4
    sahaja.

    12. Berapa pembayaran STR Fasa 3 2026?

    Jumlah Bayaran STR Fasa 2 2026:

    1. Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500
    Tiada anak: RM200
    1 – 2 anak: RM300
    3 – 4 anak: RM450
    5 anak dan ke atas: RM600

    2. Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    Tiada anak: RM0
    1 – 2 anak: RM150
    3 – 4 anak: RM200
    5 anak dan ke atas: RM250

    3. Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan ≤ RM5,000)
    Bayaran: RM15

    13. Bagaimanakah kaedah pembayaran STR?

    Kaedah Pembayaran STR adalah seperti berikut:
    a. Kredit ke Akaun Bank
    Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan

    b. Tunai di Kaunter BSN
    Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
    i. Status pengkreditan gagal kredit; atau
    ii. Tiada Maklumat akaun ban

    14. Akaun bank semasa saya menerima STR Fasa 1 & 2 berstatus tidak aktif / tutup,
    bagaimanakah kaedah pembayaran STR Fasa 3 yang saya akan terima?

    Pembayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun bank berkenaan sekiranya
    status pengkreditan STR Fasa 1 & 2 adalah berjaya kredit dan tiada pengemaskinian
    maklumat akaun bank dalam tempoh kemas kini maklumat asas Fasa 3 dibuka.

    Tuntutan tunai bagi bayaran Fasa 3 di kaunter BSN hanya boleh dibuat selepas status
    gagal kredit dipaparkan dalam semakan portal STR. Penerima perlu hadir ke Cawangan
    BSN bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat tuntutan bayaran.

    15. Permohonan STR 2026 saya Lulus pada bulan Mei 2026 dan telah menerima
    bayaran bagi Fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi Fasa 1 dan
    Fasa 2.

    Tidak. Kelayakan STR 2026 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan
    diluluskan. Anda hanya layak menerima bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2026 iaitu setelah pembayaran Fasa 2
    berlaku. Oleh itu, bayaran yang akan diperolehi hanyalah bagi Fasa 3 dan Fasa 4
    sahaja.


    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved