Kerajaan Beri Kredit e-Tunai RM100 Kepada 10 Juta Golongan Dewasa Di Malaysia

27 Jul 2023 • 11:36 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua golongan dewasa di Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Menurutnya, inisiatif yang menelan peruntukkan sekitar RM1 bilion ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas daripada golongan B40 dan M40.

Kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat

Jelas Ahli Parlimen Tambun itu, inisiatif e -tunai kepada golongan ini diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya hari ini (27 Julai).

image is not available

Belia 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa IPT dapat e-tunai RM200

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) akan menerima kredit RM200 dalam Touch’n Go eWallet menerusi program e-Tunai Belia Rahmah.

Bagi inisiatif tersebut, kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta di bawah Belanjawan 2023 yang akan memberi manfaat kepada 2 juta belia di Malaysia yang layak.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Source: