Kerajaan Sedia Tawarkan Kredit E-Tunai RM100 Kepada Golongan B40 Dan M40

27 Jul 2023 • 1:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kerajaan setuju tawarkan kredit e-tunai RM100 kepada rakyat

Kerajaan Sedia Tawarkan Kredit E-Tunai RM100 Kepada Golongan B40 Dan M40. Menerusi Majlis Peluncuran Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa hala tuju ekonomi Malaysia serta bantuan kewangan bagi golongan yang terlibat.

Menurut laporan, kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM100,000 ke bawah setahun, antara tawaran yang menjadi perhatian ramai.

Sumber: nst

Difahamkan, bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.

Perkara tersebut dilihat sebagai salah satu langkah dalam merancakkan ekonomi, lebih-lebih lagi sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat.

Setakat ini belum diumumkan bila bantuan tersebut akan ditawarkan

Dalam pada itu, setakat ini masih belum dinyatakan secara rasmi tarikh bantuan e-tunai berjumlah RM100 tersebut yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang layak.

Baca juga artikel yang berkaitan: