Rabu lalu, Kerajaan Bolivia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Israel.
Keputusan itu dibuat berikutan tindakan Israel yang berterusan menyerang dan membunuh penduduk Palestin tanpa sebarang belas kasihan.
Selain itu, Menterinya, Maria Nela Prada juga memaklumkan Bolivia akan menghantar bantuan kemanusian ke Gaza untuk membantu mangsa-mangsa kezaliman tentera zionis.
Untuk pengetahuan umum, Bolivia sebelum ini pernah memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Israel atas sebab yang sama pada 2009. Namun, disambung semula pada tahun 2020.
Selain Bolivia, Bahrain turut mengikut langkah yang sama terhadap Israel atas kedegilannya melakukan gencatan senjata.
Bahrain dilaporkan telah menghalau Duta Israel dari Bahrain dan memanggil pulang dutanya di Tel Aviv.
Parlimen Bahrain memaklumkan, hubungan ekonominya dengan Israel juga diputuskan kerana Israel langsung tidak kesal dengan tindakannya menyerang Gaza.
Kerajaan Chile dan Colombia dilaporkan memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Israel. Manakala Brazil pula sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan yang sama.
Sumber: Utusan Malaysia, Berita RTM
The post Kerajaan Bolivia, Bahrain, Chile & Colombia putuskan hubungan diplomatik dengan Israel yang terus berdegil menyerang Palestin appeared first on The Reporter.


