Kerajaan buat anjakan atasi masalah air di Kelantan, Sabah

LocalPolitics
15 May 2023 • 9:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan sedia melakukan anjakan di dalam perancangan bagi mengatasi masalah air yang berlarutan di Kelantan dan Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berdasarkan perancangan di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan belanjawan Madani sebelum ini, ia mengambil masa yang lama.

Menurutnya, rundingan telah dibuat bersama dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan ia turut dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bahawa tanggungjawab mengurus bekalan air akan diambil alih oleh kerajaan persekutuan walaupun ia menelan belanja yang besar.

"Ini tiada dalam rancangan kita, yang ini kita kena ubah suai," katanya dalam ucapan majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Mei di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL