Kerajaan cadang ambil tindakan syarikat penerbangan tidak tepati waktu

16 Nov 2023 • 1:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 16 NOV: Kerajaan sentiasa memantau syarikat penerbangan supaya mematuhi jadual penerbangan yang ditetapkan kepada pengguna.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) juga bercadang mengambil tindakan sekiranya syarikat gagal mematuhi kod perlindungan pengguna penerbangan berkait tidak menepati waktu.

“Banyak faktor perlu diambil kira, contohnya cuaca tidak baik, penerbangan tidak boleh dilakukan. Jadi perlu difahami syarikat penerbangan bukan sengaja ingin melewat-lewatkan penerbangan mereka.

“Kita akan cari satu pendekatan bagaimana meletakkan satu sasaran prestasi mengikut ‘on time performance’. Kalau tidak capai prestasi mengikut masa, tindakan akan diambil,” katanya.

Beliau berkata ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Loke mengakui bahawa beberapa penambahbaikan perlu dibuat supaya memastikan kelewatan dan pembatalan penerbangan ini tidak berterusan.

“Saya setuju ada banyak perkara perlu ditambah baik dan perbaiki, bukan sahaja syarikat penerbangan tapi juga lapangan terbang.

“Memang kita akan sentiasa memantau dan kita akan minta syarikat penerbangan ini dapat menguruskan jadual penerbangan mereka dengan lebih baik,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved