Anak Negeri mahu GLC Sabah disiasat

LocalPolitics
11 Nov 2023 • 1:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Sabah yang ‘membenarkan’ beberapa syarikat GLC yang tidak menunjukkan prestasi yang baik daripada terus membazir banyak sumber negeri.

“Kenapa membazir sumber negeri yang berharga ke atas syarikat GLC yang tidak menunjukkan prestasi yang bagus dan kurang berdaya maju? Kenapa kerajaan GRS tidak bertindak ke atas GLC Negeri yang tidak berprestasi?

“Banyak GLC atau syarikat berkaitan dengan kerajaan tidak berdaya maju dan kurang prestasi yang membanggakan. Kenapa tiada tindakan diambil,” soal presidennya, Datuk Henrynus Amin dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, Ketua Menteri Sabah patut mengotakan ancamannya pada April tahun ini ke atas syarikat yang lemah untuk merombak semua GLC yang tidak berprestasi.

“Kenapa bercakap sahaja, tapi tiada tindakan diambil?” soalnya.