Kerajaan China Akan Membenarkan Syarikat AI Tempatan Untuk Membeli Cip NVIDIA H200

WorldTechnology
9 Jul 2026 • 1:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setelah bertelagah untuk beberapa tahun berkenaan eksport dan import komponen-komponen cip AI yang dihasilkan syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat, mereka akhirnya membenarkan untuk komponen-komponen ini dijual di pasaran China, akan tetapi, oleh kerana negara tersebut sudahpun memulakan proses penghasilkan komponen pemprosesan AI mereka sendiri, syarikat-syarikat teknologi terbesar di China tidak dibenarkan untuk membeli cip-cip AI tersebut.

Terkini, ia dilaporkan bahawa kerana kekurangan bekalan cip pemprosesan di AI, pihak kerajaan China dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan syarikat-syarikat ini untuk membeli komponen-komponen tersebut, khususnya cip pemprosesan AI NVIDIA H200.

Image from: Kerajaan China Akan Membenarkan Syarikat AI Tempatan Untuk Membeli Cip NVIDIA H200
nvidia-hgx-h200

Syarikat-syarikat ini termasuklah nama-nama besar seperti Alibaba, ByteDance, Tencent dan DeepSeek yang mana mereka sedang membangunkan teknologi model bahasaraya mereka sendiri. Kesemua syarikat-syarikat ini juga sedang membangunkan komponen pemprosesan AI mereka sendiri untuk mengelakkan kebergantungan kepada komponen luaran, khususnya dengan industri tersebut kini menghadapi kekangan bekalan.

Oleh kerana ini, kerajaan China dilaporkan sedang mempertimbangkan memberi kebenaran untuk membeli cip NVIDIA H200, untuk memastikan bahawa pembangunan teknologi AI mereka tidak menghadapi isu kelewatan.

Sumber: Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved