Chicken Claypot House Dari Pulau Pinang Kini Memasuki Industri Penyelenggaraan Pusat Data

LocalBusiness & Finance
9 Jul 2026 • 4:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Industri pusat data hari ini dilihat sebagai satu sektor yang memberi keuntungan yang besar pada kadar yang sangat pantas. Sebelum ini kami telah melaporkan tentang jenama kasut dari Amerika Syarikat, Allbirds yang telah mengosongkan kedai-kedai dan gudang-gudang mereka untuk bertukar arah menjadi syarikat pusat data AI dengan penjenamaan semula sebagai Newbird AI.

Terkini, tiba giliran sebuah syarikat tempatan pula, iaitu CCH Holdings Ltd (CCHH) yang baru-baru ini telah disenaraikan di bursa saham NASDAQ di Amerika Syarikat baru-baru ini untuk juga memasuki sektor pusat data. CCH Holdings adalah sebuah syarikat yang berpengkalan di Pulau Pinang dan memiliki rantaian restoran Chicken Claypot House dan sejumlah restoran-restoran lain di sekitar Malaysia.

Image from: Chicken Claypot House Dari Pulau Pinang Kini Memasuki Industri Penyelenggaraan Pusat Data

Menurut laporan The Edge Malaysia, CCHH akan memasuki sektor penyelenggaraan pusat data dengan membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan untuk pusat data di Malaysia. Mereka juga dilaporkan telah menerima pelaburan sebanyak $50 juta (~RM200 juta), dan telah menandatangani kontrak tiga tahun untuk membekalkan perkhidmatan ini. Setakat ini, klien-klien penyelenggaraan CCHH tidak diketahui kerana sebuah NDA (perjanjian tanpa pendedahan) juga telah ditandatangani sebagai sebahagian daripada kontrak ini.

Dibawah perjanjian ini, CCHH akan menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan operasi, termasuk peruntukan kapasiti pengkomputeran, penyelarasan penggunaan, perundingan teknikal dan perkhidmatan nasihat operasi untuk kemudahan pusat data.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan CCHH, skop perkhidmatan ini mungkin akan diperluaskan lagi ke negara dan wilayah tambahan selaras dengan pelan pelancaran kapasiti global pelanggan. Pembangunan perniagaan baru ini tidak bermakna bahawa mereka akan mengurangkan skala rantaian restoran Chicken Claypot House mereka, tetapi adalah cabang perniagaan baru untuk mereka.

Sumber: The Edge, Claypot Chicken House

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved