Kerajaan digesa kaji semula laluan Tawai

LocalEnvironment
25 May 2025 • 4:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Suatu kejadian menyayat hati pada 11 Mei lalu sekali lagi memberi perhatian kepada ancaman yang dihadapi hidupan liar akibat rangkaian jalan raya negara, termasuk di Sabah.

Seekor anak gajah jantan berusia lima tahun maut dilanggar sebuah lori 10-tan ketika cuba melintas Lebuhraya Timur-Barat di Hutan Simpan Belum-Temenggor.

Ibunya dilihat berdiri di sisinya selama hampir lima jam, berusaha menyelamatkan anaknya, suatu adegan yang kemudiannya tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Profesor Benoit Goossens dari Pusat Lapangan Danau Girang dan Dr Nurzhafarina Othman dari Seratu Aatai menyuarakan kebimbangan dan menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah mitigasi terhadap jajaran Hutan Simpan Tawai di Telupid.

“Tragedi ini menyerlahkan lagi isu lebih luas konflik manusia-hidupan liar yang diperburuk oleh pembangunan infrastruktur,” kata Goossens dari Universiti Cardiff.

“Sebagai respons, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan rancangan untuk memasukkan laluan khas hidupan liar dalam reka bentuk lebuh raya pada masa hadapan bagi mengelakkan insiden seperti ini. Kenapa tidak dilaksanakan segera untuk Lebuhraya Pan Borneo? Saya amat berharap ia belum terlambat untuk jajaran yang dirancang di Telupid, yang pembinaannya bakal bermula tidak lama lagi,” tambah beliau.

“Dengan Coalition Humans, Habitats, Highways (3H), kami sudah bertahun-tahun menekankan bahawa pembinaan jalan raya melalui habitat hidupan liar bukan sahaja menyebabkan kemalangan maut tetapi juga meningkatkan risiko pemburuan haram dan pemecahan habitat,” kata Dr Nurzhafarina dari Universiti Malaysia Sabah.

Cadangan Jajaran Lebuh Raya Pan Borneo yang melalui Hutan Simpan Tawai akan membahayakan populasi gajah di kawasan itu, serta spesies terancam lain seperti orang utan Borneo, harimau dahan Sunda, beruang madu Malaya, dan burung merak Borneo.

“Kejadian seperti 11 Mei pasti akan berlaku di Telupid sekiranya tiada tindakan diambil,” kata Dr Nurzhafarina lagi.

Insiden yang berlaku di Semenanjung itu menjadi peringatan mendesak bahawa pembangunan infrastruktur perlu diseimbangkan dengan pemeliharaan hidupan liar.

“Alangkah ruginya jika anak gajah itu mati dengan sia-sia. Kami benar-benar berharap langkah mitigasi dapat dilaksanakan segera seperti membina lintasan khas hidupan liar, atau lebih baik, jejambat di dua kawasan panas yang telah dikenal pasti menerusi kajian kami.

“Terdapat juga keperluan untuk menguatkuasakan had laju, pemasangan papan tanda amaran serta pencahayaan bagi memaklumkan pemandu tentang kemungkinan lintasan hidupan liar.

“Akhir sekali, mencegah lori berat daripada melalui laluan yang merentasi hutan simpan pada waktu malam dan memaksa mereka menggunakan jalan sedia ada di Telupid, adalah langkah terbaik untuk mengurangkan risiko kemalangan tragik yang meragut nyawa manusia dan haiwan,” kata mereka.