Kerajaan digesa segera laksana pelbagai pelan bekalan air. Lebih RM700 juta setakat ini: Dewan

8 Mar 2024 • 2:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) menggesa Kerajaan Negeri tidak berlengah-lengah melaksanakan pelbagai pelan bekalan air melalui agensi berkaitan, menggunakan peruntukan yang sehingga kini berjumlah RM700 juta.

Presidennya Datuk Michael Lui menyifatkan kelulusan peruntukan tambahan RM100 juta oleh Kementerian Ekonomi untuk menyelesaikan masalah itu pada Rabu, sebagai positif.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM300 juta sebagai pinjaman pada September 2023; RM163.55 juta di bawah Rolling Plan Keempat, dan empat projek baharu menelan belanja RM200 juta, dengan jumlah keseluruhan lebih RM700 juta, untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah.

Beliau percaya kesemua peruntukan ini akan mempercepatkan penyelesaian bekalan air jangka pendek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Rakyat Sabah berharap Kerajaan dapat menyelesaikan masalah kekurangan air dengan cepat dalam jangka pendek. Kekurangan air yang berpanjangan telah menjejaskan kehidupan seharian kita dengan serius. Ini adalah masalah segera yang dihadapi oleh Sabah dan rakyatnya, dan ia mesti diselesaikan secepat mungkin.

“Kerajaan mesti mencari penyelesaian baik untuk memastikan bekalan air normal. Membolehkan rakyat mendapatkan bekalan air adalah kredibiliti sebenar apa yang dikatakan keprihatinan Kerajaan terhadap kebajikan dan kepentingan rakyat Sabah.”

Lui berkata Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas di Sabah akan berterusan sehingga Jun, yang mungkin membawa kepada keadaan kekurangan bekalan air yang serius di negeri ini.

“Memandangkan Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa empangan di Sabah hanya dapat menampung permintaan air untuk tiga bulan akan datang, ia sepatutnya membuat persiapan menghadapi musim panas ini dan berusaha sedaya upaya untuk mengelak masalah bekalan air terjejas akibat musim kemarau.”

Michael menyokong penggunaan dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dengan baik, untuk membaiki serta menaik taraf pepasangan bekalan air Negeri, termasuk meningkatkan simpanan empangan, menggantikan pam air di loji rawatan air, serta membaiki dan menggantikan paip air.

“Kita mesti melihat secara serius masalah kehilangan air tanpa hasil (NRW), kecurian air serta pembaikan paip air dan paip air bawah tanah yang pecah,” katanya.

Michael berkata, rakyat tidak mahu melihat agensi berkaitan terus mengambil langkah negatif seperti memperluaskan kawasan dan masa catuan air untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan.

“Kerajaan mesti menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air sepenuhnya, dan jangan biarkan krisis bekalan air terus bertambah buruk dan menjejaskan kehidupan kita di Sabah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.