Kerajaan diharap salur dana tangani banjir di Lumadan

LocalPolitics
8 May 2025 • 3:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli, Ahmad Apong

BEAUFORT: Kerajaan Persekutuan dan Negeri diharap dapat menyalurkan peruntukan bagi membina projek tebatan banjir di daerah ini, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan.

Adun Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berkata, Lumadan antara lokasi yang sering terjejas akibat dilanda banjir sejak sekian lama dan bencana itu semakin kerap berlaku sejak tiga tahun lalu.

Katanya, rekod menunjukkan sejak tahun lalu saja sudah 13 kali banjir berlaku di Lumadan dan situasi itu menyebabkan banyak kerugian membabitkan harta benda awam dan kerajaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sehingga hari ini, Beaufort belum menerima sebarang peruntukan-peruntukan yang dicadangkan oleh kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri untuk projek bagi mengurangkan masalah banjir ini.

“Sedangkan semua maklum daerah ini, khususnya Lumadan, adalah lokasi paling terjejas teruk setiap kali berlaku banjir dan masalah ini semakin kerap berlaku kebelakangan ini.

“Kebanyakan kampung di kawasan ini mengikut jajaran Sungai Padas yang menyebabkan Lumadan hampir 100 peratus berisiko dilanda banjir.

“Justeru, kita merayu agar sebarang peruntukan untuk kurangkan masalah ini dapat disalurkan segera,” katanya semasa tinjauan banjir bersama agensi kerajaan berkaitan, di sini, Selasa lepas.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Beaufort, Superitendan Wong Leong Ming dan Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Beaufort.

Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, menggesa penyelesaian segera bagi sebarang isu mendesak seperti kemiskinan tegar dan tebatan banjir.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid memaklumkan sebanyak RM22 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan yang sering dilanda banjir di seluruh negara.

Katanya, sebanyak 14 projek RTB akan dilaksanakan di Sabah manakala dua projek tebatan banjir telah siap dan dalam tempoh liabiliti kecacatan, 10 projek sedang dalam pembinaan dan dua projek dalam fasa pra pelaksanaan.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, terdapat beberapa cadangan untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan itu, antaranya membuat jajaran baharu bagi laluan beberapa sungai untuk melancarkan aliran air banjir keluar ke laut.

Katanya, paras beberapa jalan raya kampung yang sering terjejas akibat bencana itu juga perlu ditinggikan untuk mengelak laluan terputus akibat banjir hingga menyebabkan penduduk terperangkap.

“Beberapa saliran paip pembentungan juga harus diganti atau ditambah bagi melancarkan aliran air banjir yang bertakung ke parit-parit sedia ada, seterusnya mengalir ke sungai dan keluar ke laut.

“Ini adalah solusi sementara hasil perbincangan dengan pihak JPS dan JKR, manakala kertas kerja untuk projek ini difahamkan sudah diserahkan kepada pihak berkaitan untuk pertimbangan,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 300 penduduk yang terjejas banjir masih ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Selagon dan PPS Lumat setakat Selasa, susulan hujan lebat sejak empat hari lalu yang menyebabkan paras air Sungai Padas meningkat.