Kerajaan Dilapor Mungkin Pertimbang Kurangkan Subsidi Budi95 Kepada 150 Liter Sebulan

LocalPolitics
12 May 2026 • 2:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Dilapor Mungkin Pertimbang Kurangkan Subsidi Budi95 Kepada 150 Liter Sebulan

Kerajaan sebelum ini telah mengurangkan subsidi minyak petrol RON95 daripada 300 liter kepada 200 liter dibawah program Budi95. Terbaru, menurut laporan The Edge, kerajaan dikatakan pertimbang untuk mengurangkan kuota subsidi minyak RON95 dibawah program Budi95 kepada 150 liter, sekaligus memastikan bekalan bahan bakar berkenaan bertahan lebih lama.

Melalui perkongsian Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, data menunjukkan yang mana 80% rakyat Malaysia menggunakan kurang 200 liter minyak setiap bulan, dan 60% menggunakan kurang 150 liter. Beliau turut menekankan yang mana Malaysia perlu memacu pelaburan dalam pengangkutan awam, dan perancangan bandar lebih baik dalam mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar.

Tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan bilakah perubahan ini akan diimplementasikan. Kerajaan sedia menanggung belanja subsidi yang tinggi disebabkan oleh pergolakkan di Timur Tengah, yang memberikan kesan kepada bekalan minyak. Selain dalam mengoptimasikan lagi belanja subsidi, langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk memanjangkan lagi bekalan bahan bakar sedia ada.

Mengikut perkongsian terakhir kerajaan, bekalan minyak di Malaysia dikatakan adalah stabil sehingga awal Julai 2026 ini.