Krisis Asia Barat menyebabkan harga minyak di Malaysia meningkat dengan kuota asal Budi95 sebanyak 300 liter sebulan telah dikurangkan ke 200 liter sebulan sejak 1 April. Kini kerajaan dilaporkan mempertimbangkan mengurangkannya lagi ke 150 liter sebulan sahaja. Di Jepun, kekurangan bekalan produk petroleum dari Asia Barat memaksa syarikat makanan Calbee menjual produk mereka dalam bungkusan hitam putih.

Kekurangan bekalan dakwat berwarna berasaskan naphtha menyebabkan 14 bungkusan seperti keropok ubi kentang dan granola kini menjadi monokrom. Lazimnya produk-produk makanan ringan ini menggunakan bungkusan berwarna warna bagi menarik perhatian pelanggan.
Jepun mengimport 95% bekalan minyak mentah dan 60% bekalan naphtha dari Asia Barat. Sejak Amerika dan Israel menyerang Iran pada penghujung Februari, harga naphtha melonjak daripada $550 setiap satu tan ke $873 setiap satu tan.






