
KUALA PENYU: Kerajaan Persekutuan melalui kementerian berkaitan diharap dapat menyalurkan peruntukan bagi pembinaan Kompleks Sukan Kuala Penyu yang tertangguh sejak sekian lama.
Wakil rakyatnya, Datuk Limus Jury berkata, walaupun projek itu sudah diluluskan sebelumnya khususnya pada tahun 2019 lalu namun status pelaksanaannya masih ‘kabur’.
“Dulu sudah diluluskan (projek Kompleks Sukan Kuala Penyu) tapi bila (berlaku) pertukaran-pertukaran kerajaan (sebelum ini), pembinaannya tertangguh.
“Pihak Kementerian Belia dan Sukan dari persekutuan dan negeri (pada masa itu) juga telah datang melawat tapak disediakan untuk projek ini dan (namun) saya pun tidak tahu mana salahnya (projek tertangguh),” katanya.
SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Hari Sukan Negara Peringkat Pedalaman Bawah di Dewan Terbuka Syahbandar Makang, di sini pada Sabtu.
Untuk rekod, permohonan pembinaan Kompleks Sukan Kuala Penyu sebelum ini terhalang ekoran isu berkaitan tapak namun masalah itu selesai hingga projek itu diluluskan pada tahun 2019 lalu dengan kos RM16 juta.
Dalam pada itu, Limus yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap Bajet Negara tahun 2025 yang bakal dibentangkan akan turut merangkumi pembangunan kemudahan sukan seumpama itu.
Sehubungan itu katanya, projek berkenaan diharap dapat dilaksanakan pada tahun depan kerana segala keperluan untuk merealisasikannya telah tersedia sekaligus memenuhi aspirasi rakyat di kawasan ini.
“Saya harap pada tahun depan Kompleks Sukan Kuala Penyu ini dapat dibangunkan dan diberi peruntukan dalam Bajet Negara yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
