Jentera PGRS perlu jelas kepada rakyat

LocalPolitics
30 Sep 2024 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

KUALA PENYU: Peranan Jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di semua peringkat diperlukan bagi memberi penjelasan kepada rakyat di akar umbi tentang kejayaan yang telah dibawa parti itu sejak menerajui kerajaan negeri.

Naib Presiden PGRS, Datuk Dr. Ariffin Ariff berkata, ia perlu bagi menepis dakyah pembangkang yang telah menafikan sumbangan besar kerajaan Gabungan Rakyat Sabah/ Pakatan Harapan (GRS-PH Plus).

Katanya, terlalu banyak sumbangan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri yang juga Presiden PGRS merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor menerusi agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Semua kejayaan kerajaan GRS-PH Plus ini benar-benar menepati kehendak rakyat malah terus sampai kepada golongan sasar antaranya bantuan pendidikan menerusi pelbagai inisiatif.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more “Termasuk bantuan rumah SMJ untuk golongan miskin sebanyak 40 buah bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun), selain pelbagai bantuan dalam empat tahun mentadbir Sabah.

“Memang banyak (sumbangan) namun pembangkang sengaja menafikan semua kebaikan kerajaan ini, justeru, semua ahli, pimpinan PGRS harus menjelaskan sumbangan yang telah dibawa ke akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PGRS Bahagian Kuala Penyu di Dewan Syahbandar Makang, di sini pada Sabtu.

Hadir sama Ketua PGRS Bahagian Kuala Penyu, Datuk Limus Jury, Ketua PGRS Bahagian Klias, Datuk Isnin Aliasnih, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah dan Ketua Wanita GRS, Datuk Azizah Mohd Dun.

Ariffin berkata, setiap bahagian PGRS juga perlu menambah keahlian dan cawangan bagi memastikan parti bertambah kukuh sekaligus mengekalkan kemenangan selepas pilihan raya negeri (PRN17) akan datang.

“Pada masa sama, jaga hubungan baik dengan rakan-rakan komponen parti dalam GRS dan PH juga kerana semua ini adalah faktor penentu kejayaan kita (di PRN17),” katanya.

Sementara itu, Limus yang juga wakil rakyat Kuala Penyu memaklumkan PGRS bahagian itu kini mempunyai 6,000 ahli membabitkan lebih 100 cawangan berdaftar dan bakal bertambah dalam masa terdekat.

Manakala dari segi persiapan menghadapi PRN17, beliau berkata, pihaknya sudah siap siaga melibatkan persiapan jentera di semua peringkat demi memastikan Kuala Penyu kekal milik PGRS.

“Kita sudah siap sedia dan yakin mampu mempertahankan kerusi Kuala Penyu agar terus menjadi milik PGRS,” katanya.

Terdahulu, Ariffin turut menyampaikan bantuan laptop dan pencetak kepada 350 pelajar, termasuk insentif khas kepada pelajar cemerlang di kawasan ini sumbangan Yayasan Limus Jury (YLJ) di majlis itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.