Kerajaan disaran haramkan pembakaran mercun, bunga api sempena hari raya - Salimah

LocalPolitics
23 Mar 2026 • 6:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerajaan disaran mengharamkan pembakaran mercun dan bunga api sempena Hari Raya Aidilfitri untuk elak pembaziran. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kerajaan disaran mengharamkan pembakaran mercun dan bunga api sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mengelakkan pembaziran serta memupuk nilai keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Aminah Zakaria berkata, amalan tersebut dilihat tidak wajar khususnya dalam keadaan ketidakstabilan ekonomi dunia susulan konflik melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel.

Menurutnya, selain pembaziran ia juga bukanlah budaya Melayu Islam.

"Di saat saudara Muslim mengharapkan sumbangan dan ihsan, kita sepatutnya menunjukkan solidariti terhadap penderitaan mereka.

"Setiap ringgit yang dibakar jika dikumpulkan mampu memberi makan dan kegembiraan kepada mereka yang lebih memerlukan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Aminah, pihaknya juga berharap undang-undang dan peraturan yang lebih ketat untuk penjualan mercun dan bunga api dapat diwujudkan.

Menurutnya, masyarakat seharusnya mengamalkan sikap berjimat cermat dan berhemah, khususnya ketika musim perayaan.

"Kami ingin menyatakan sokongan penuh terhadap saranan yang dikeluarkan Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid agar rakyat Malaysia menghentikan budaya membakar mercun dan bunga api sempena sambutan perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri ataupun sambutan Tahun Baharu.

"Lebih baik mengutamakan golongan yang lebih memerlukan daripada membazirkan wang untuk hiburan yang tidak wajar dan tidak kekal," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved