Kerajaan GRS tidak paksa bayar RM335 juta: Malakun

LocalPolitics
17 Feb 2025 • 2:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Agust Dean

Kota Kinabalu: Isu legasi seperti masalah bekalan air dan elektrik dijangka akan ditimbulkan kembali, sekali gus memberi gambaran negatif terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus, kata ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC), Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun.

Beliau berkata pembangkang begitu terdesak sudah pasti akan mengambil peluang untuk menyerang kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.Beliau berkata, kerajaan terdahulu gagal menangani isu air dan elektrik ketika berkuasa, tetapi kini menyalahkan pihak lain.

Advertisement“Jadi rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan dakwaan bahawa masalah air dan elektrik di Sabah hanya timbul selepas pilihan raya lalu.“Rakyat perlu tahu bahawa kerajaan negeri dan Persekutuan telah merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi menyelesaikan masalah ini.

“Lihat sahaja Projek Hidroelektrik Ulu Padas (UPHEP) di Tenom yang akan menjadi langkah penyelesaian jangka panjang terhadap isu bekalan air dan tenaga di negeri ini. Projek ini dijangka siap pada penghujung 2030,” katanya.